BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 29, 2008

REZEKI BANJIR!!!!

Salam buat semua pembaca blog ni...Hari ni nak citer pendek jer...perkara yang mungkin membuatkan kita menangis @ segala yang tuhan turunkan keatas kita bukanlah musibah namanyer kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..Nah! lihatlah rezeki dariNYA...dalam quran pun ada menyatakan, ada rezeki yang tak disangka-sangka akan datang kepada kita(ayat saya sendiri dari kafahaman yang tak seberapa,tak ingat ayat dari surah mana...)..walaupun tuhan turunkan banjir buat kami di sini,akan tetapi rezeki kami dapat ikan plak lepas banjir...banyak giler ikan keli...maka ramailah yang berkampung ditepi2 parit,longkang dan lopak2 air untuk memancing/menjala ikan keli..macam pesta plak..seronok tau..meriah..sepanjang jalan nak masuk kerumah jue tu,ada berpuluh2 orang yang sedang asyik masyuk mencuba untuk mencari rezeki..he..he...ada yang jue dengar dapat 10kilo ikan keli..ada yang wat makan,ada yang jual...Alhamdulillah..semua rezeki dari Allah..bersyukurlah atas nikmatNya..

adik beradik mencuba untuk menjala ikan..adalah 5-6 ekor yang jue nampak...

tengok tue,punyerlah ramai yang mencuba nasib..siap bawak anak-anak lagi...meriah tau!!
jala bang!!jgn tak jala...mcm kat tengah laut plak.he..hee...rupa2nyer kat kebun kelapa sawit...


nie plak siap turun dalam parit lagi...dah kena la tu..cepat tangkap nanti terlepas plak!!
nielah keratan akhbar yang menunjukkan yang bandar sitiawan ditenggelami air..sejarah 40tahun tau!!jgn main2..
P/S: semoga kita sentiasa muhasabah diri,jgn salahkan takdir @ qada'&qadar yang Allah tetapkan buat kita..Semuanya pasti yang terbaik buat kita..Allah lebih mengetahui siapa kita dan keperluan kita,maka terimalah segalanya dengan redha dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik..InsyaAllah...Wallahua'lam..









6 comments:

Brahim Nyior said...

Miss Jazz,

Ketentuan tuhan, tak dapat kita nak elak. namun bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang lagi.

Andainya kita diuji seperti Tsunami di Acheh, pasti lagi teruk akibatnya.

Moga kita selamat dunia akhirat

Miss Jaz said...

salam otai..terima kasih atas kunjungan ke blog yang tak seberapa ini..sudi kiranya menyumbang idea untuk kemajuan bangsa melayu kita..insyaAllah..

salam mr.izzuddin,benar apa yang diperkatakan..ujian ini baru sedikit dari mereka yang menderita badai tsunami...syukur alhamdulillah ku panjatkan padaNya,kerana aku masih berpeluang untuk menghirup udara yang dibekalkan..doaku agar kalian diluar sana sentiasa ingat akan ujian yang bakal ditempuh..tempuhlah ia dengan penuh keimanan..wallahua'lam

man_helang said...

syokkk gile wei menjala...

Unknown said...

Adoi syioknya... uncle cukup suka ikan keli bendang. Sedappp....

G ogy said...

miss Jaz, hai...selmat berkenalan..
SYOK!!!nya...
saya suka makan ikan keli..nnati bolehlah ajak saya gi kampung awak..

Miss Jaz said...

man,ko suka menjala ke memancing?mai la sini tangkap ikan keli..he.he..

uncle,memang suke ke?tapi masalahnyer ni bukan ikan keli bendang,tapi rasanyer ikan keli pelihara yang terlepas dari kolam semasa banjir.he..he..

G ogy, salam perkenalan..thanks yer lawat blog saya..mai la ke tempat saya ni..ikan banyakpun sebab banjir jer,kalau tak tau ada ke tak kat sini..