BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 28, 2009

Dapat hadiah dulu,baru jawab tag..thanks pemberi hadiah,LOL....


Salam buat semua yang jue kasihi.....Nak jawab tag yg diberi oleh LOL...Hadiah dah dapat dulu,Tapi tag baru nak jawab..kira ok la tu ek..thanks to LOL sbb sudi nak tag jue..itu satu tanda ingatan buat jue kan???So kat bawah nie jue dah sediakan jawapan utk soalan yg dikemukakan..

TANDA-TANDA:


1. TANDA2 KAMU BAD MOOD.
-diam jer rasanyer dan cuba mengelak dari jumpa ngan org lain.
2. TANDA2 KAMU MARAH.
-sama jer ngan bad mood..
3. TANDA2 KAMU SINTING.
-sinting????tak faham...
4. TANDA2 KAMU MALU.
-muka rasanya bertukar merah,walaupon jue nie berkulit hitam!!!he..he..perlakuan sedikit tak tentu hala..

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU.
-asyik terfikir apa dia sedang buat..entah2 lupa kat jue...he..he..

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH.
-asyik nak nangis jer(tapi tak nangis ler)..al-maklumler jiwa sensitif waktu tu..

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
-sentiasa tersenyum gumbira!!!tegur semua org,sangat2 rajin buat kerja,walaupon bukan kerja jue(kira nak tolong semua org ler).....he..he..

APA?

1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?
-biru
2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
-ya!!!memang suka..tapi bila ada duit jer lah...tapi bila ada duitpon kena fikir byk kali jugak sbb byk lagi t/jwb...jue suka shopping kalu jue org kaya..he..he...
3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
-tak percaya pon...
4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
-nak siapkan kerja yg berlambak2 tu..

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
-RINDU.....rindu sesangat!!!

BILA

1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA?
-16 oktober 1981...jue tak pernah rahsia tarikh lahir dan umur!!!
2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
-bila berjaya membuatkan ibu bapaku/adik beradikku tersenyum gumbira...bertemu org yg jue sayang!!he..he.
3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
-baru2 nie kena marah ngan mak sbb terngantuk masa memandu...nak wat camner???dah terngantuk....ahaksss
4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
-ehem ehem??tak faham???!!!
5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
-entahlah..tak tau..ikut jodoh yg tuhan nak bagi la...
BAGAIMANA


1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
-diam dulu...pejam mata..tenang...pastu jue akan hembus nafas sepanjang2nyer...pastu cuba fikir secara positif....so pastu kira reda skit nak sakit hati..anggap jer lah perkara yg terjadi itu akan memberi kematangan kepada kita...jadi jue akan tersenyum sambil menegaskan dalam diri yg tak perlu marah2...just senyum jer....
2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?
-isy tak de lah..jue tau sapa diri jue..sambil ucap jugak terima kasih..he..he..semua ciptaan Allah itu cantik...he.he...
3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
-sedeyy ler..sbb jue sayang semua kawan jue....
4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
-nak wat camner,kita tak boleh buat semua org suka pada kita,tapi yg penting,kita kena suka pada semua org...he..he...
5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
-ha??takutnyer..trus bangun dan cuba melarikan diri..

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN.
-suka mengenang memori indah yg telah berlaku keatas diri ini...wah,jiwang jugak...he.he..tengok2 balik gambar2 kenangan...syahdu nyer...

Ok jue tak nak tag sesapa...k,jaga diri leklok semua..sesungguhnya jue sayang kamu semua...dan kepada sesiapa yg tak suka nak baca n3 kat blog nie,sori yer..itulah jue..dan jgn anggap sbb jue slalu update blog nie jue tak buat/tak siapkan t/jwb jue terhadap tugas jue sebagai seorang guru & pelajar...nak idup,so pandai2 la bahagikan masa...betul tak???? jangan marah......

Sunday, February 22, 2009

Terkenang kat maktab.....IPBMM..





Masa zaman kegemilangan kat maktab....ahakkss..tetiba teringat kat maktab...nie masa perhimpunan semua penghuni maktab....pengalaman menjadi pengacara depan pengarah maktab..fuh takut giler...bersama co-pengacara Mr.Faisal..semua kenangan masih segar diingatan..rindu kamu semua x-IPBMM!!!!!!

Saturday, February 21, 2009

"SELAMAT TINGGAL"



Salam buat semua yang jue kasihi.....
Nie lirik lagu Broery Marantika....

'SELAMAT TINGGAL
'

izinkan aku pergi.......
apa lagi yang engkau tangisi.....
semogalah penggantiku sebagai sahabatmu,
dapat lebih mengerti hatimu...

memang berat kurasa....
meninggalkan kasih dan sahabat yang kucinta.....
namun bagaimana lagi....
semuanya harus kujalani......

selamat tinggal.....
kudoakan kau selalu bahagia....
hanya pesanku...
jangan lupa kirimkan kabarmu....

bila suatu hari.....
dia membuat kecewa di hati......
batin ini takkan rela.....
mendengarmu hidup menderita.....

sahabatku sayang.....
walau kebersamaan kita hanya sesaat......
namun kau tetap sebahagian dari jiwaku......
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati......
semoga kelak kita dapat bersatu lagi....

P/S: Best jugak lagu ni......lagu tema semasa penyingkiran Raja Lawak......seedeeeyyyyyyyyyyyyyyyyyy......

Saturday, February 14, 2009

Alhamdulillah......


Salam buat semua yang jue kasihi.....
Penat jugak nie..tadi sekolah...he.he.. ganti cuti raya cina aritu..he.he..dah ler sesi kaunseling banyak yg tertangguh...client dah beratur tunggu...tapi sori ada yg terpaksa jue tangguhkan...bukan sengaja..tapi,dah terpaksa....ada jugak yg jue refer pada kaunselor lain...nak wat camner..jue nie sorang jer..kalu bleh photocopy byk2 senang....semua kerja beres...ahakks..saja jer nak citer.he..he.. bz ler konon.he..he.. (org lain pon bz gakkkss!!!).he..he......ngan rakan sekerjapon just say hi dan bye .... ( mcm kat tol,touch and go)tak sempat nak bertanya kabar..he..he..tapi nampak semuanya ok...alhamdulillah..Ari jumaat ari tu biasalah,rutin hari jumaat,abis sekolah kul 12.15, trus drive ikut highway PLUS(TAPAH) nak g ke K.L ,kelas mula kul 3.00ptg...dah syok2 bawak keta, tetiba terasa banyak kali ngantuk..ok jer lah malas nak berhenti..bukan apa takut lewat...(memang slalu masuk lewat,kul 3.30..bukan apa ,dah abih speed dah..tak berani nak bawak laju, abih maksimum 120...paling cepat sampai 3.25..he..he..,lecturer dah tau sbb keja kat perak...bukan sengaja yer nak masuk lewat ke kelas!!!!) menguap byk kali...buat dek jer..trus kan gak..(jue slalunyer berenti tido 10minit)tertiba...keta dah ada dalam lubang kat tepi highway!!!!. rupa2nya,jue dah terbabas ketepi.....ngantuk....nasib ada lubang..tayar tak bleh bergerak,kalau tak ke bawah ler jwbnyer..nasib jugak tak dak keta@motor yg lalu kat bahu highway tu...then jue trus rasa menggigil..takut...berusaha tekan minyak+clutch (manual)untuk keluar dari lubang tu..nasib keta ok..ALHAMDULILLAHHHHH.trus tak jadi ngantuk..memang menakutkan....then masuk kelas sedikit lambat3.45-6.00 ptg..balik apa lagi k.l,kalau tak dak jam bukan k.l ler namanya...nak keluar ke highway pon dah nak kul 7.00ptg..jue sampai kat R&R sungai buloh kul7lebih,singgah makan dan solat..kat tempat solat tu ada sorang makcik tu,jue dgr mcm slang perak jer....dia senyum,jue pon senyum..pastu jue tanya ler dia org perak ker?dia jwb yer ler...apalagi berkenalan ler...dia tanya dtg ngan suami ker?jue jawab tak sorang,tak kawin lagi..dia terkejut...la berani nyer nak balik perak sorang2 camni,mlm2 plak tu....(dah berapa kali dah jue dapat respons yg mcm nie,kalau sapa yg tau jue drive sendiri dari perak-kl,k.l-perak,pompuan plak tu!!)nak wat camner???dah tanggungjawab...kena fulfill kan jugak.....bak kata pepatah"BUKAN SENANG NAK SENANG!!!DAN BUKAN SUSAH JUGAK NAK SUSAH!!!.....so,selagi terdaya diri ini,jue akan terus melangkah..walau pun sentiasa berseorangan,yang pasti ada yang sentiasa memerhati dan menjaga jue,Allah SWT....hanya pada 'DIA' tempat jue bergantung harap,segalanya.....tue sebablah jue berani mengharung segalanya liku2 hidup ini...sentiasa bertawakal kepadaNya....alhamdulillah dengan selalu mengingatinya,jiwa kita akan sentiasa tenang.....amin...
p/s: kengkawan semua doakan kesejahteraan,keselamatan dan kebahagiaan jue ek...sama2 juga kita doakan pada semua bloggers yang membaca artikel ini...amin

Monday, February 9, 2009

Mahabbah....



Salam buat semua yang jue kasihi.....

"Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…cinta itulah yang paling bermakna.."

P/S: cinta tak semestinya bersatu...tapi bersungguh-sungguhlah dalam bercinta....CINTAILAH MANUSIA HANYA KERANA ALLAH..AMIN....

Saturday, February 7, 2009

TERAPI KASIH SAYANG.....



Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan
. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama- lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.

Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun
DIPETIK DARI BLOG BERSAMA SUZANA GHAZALI..

Thanks awak.....


Terima kasih awak coz jadi kawan yg baik & banyak tolong saya....awaklah tempat saya berkongsi segalanya.....berkongsi cerita,kongsi kegembiraan& kedukaan.....ceritaku ceritamu jua..he..he...he...situasi kerja yg hampir serupa ,cuma berlainan tempat dan situasi....senang kita berkongsi masalah dan bertukar2 pendapat untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dan anak2 didik...bukan senang untuk bergelar sahabat kepada diri ini...almakumler,saya kan suka sesangat mengusik....mungkin sikap nakal dalam diri ini membuatkan awak pening kepala....he..he...he..SAYA MEMANG SUKA PENINGKAN KEPALA AWAK!!!!!.....HE..HE...RASA BAHAGIA BILA MENGUSIK AWAK...HAR..HAR...HAR....ok my best friend, i got to go, ada kerja yg nak disiapkan..jaga diri kat sana...he..he...jgn nakal2..makan jer lah apa yg ada kt sana..memang tak sama mcm kat sini...he..he..nasib badan la yer......cai cin cau....

P/S: cuti 3 hari nie...so baru sempat tgk blog nie...so kepada bloggers yg lain...jue rindu lar...hope kalian sentiasa berada dibawah lindungannya..jaga diri leklok ek....wassalam