BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 2, 2008

Kawin ngan mat salleh @ mat bin salleh??

Salam buat semua..jue mengharapkan agar kalian sentiasa berada dibawah lindunganNya..semalam jue pi umah kawan jue masa sekolah menengah dulu..dia kawin..kawin ngan siapa?kawin ngan seorang warga Norway yang bertugas di Malaysia ni..tak tau ler kerja apa,dgr2 kontaktor.(malas nak menyibuk sangat!!)satu kampung dok tunggu rombongan pengantin dari norway ni..lambat sangat sampainyer..kul2.30 baru sampai..tapi orang kampung tak berganjak sebab nak tgk omputih kata mereka..jue gelak jer la..jue cadang nak balik awl jer,tapi pengantin suh tunggu gak,tunggu jer lah..dalam majlis nie jumpa balik ngan kawan2 masa sekolah dulu,G-are,yan,marina dan juga oja..al-maklumler dah lama tak jumpa,macam2ler dikongsi bersama..nie gambar sekitar majlis perkahwinan kawan jue iaitu FARAH ELWANI BT ABDUL RANI & ODD UMAR... Ketibaan pengantin lelaki diiringi dengan beberapa buah motor vespa(kelab vespa manjung rasanyer)..meriah ler gak..

pengantin bersanding diapit oleh adik kedua-dua mempelai..



pengantin pompuan menyambut kedatangan pengantin lelaki didepan rumah..


inilah jejaka yang menjadi pilihan hati kawan jue,datang bersama seluruh anggota keluarganya..mereka teruja melihat orang bersilat dan cara kita bersanding..berpeluh2 diaorang,al-maklumler panas..




jue ngan kengkawan,marina,g-are and yan sewaktu pengantin nak makan ...

P/S: Semoga perkahwinan kalian kekal selamanya dan disinari cahaya keislaman...bak kata pepatah;ikan dilaut,asam didarat,dalam kuali bertemu jua....kalau sudah jodoh...moga kuat menempuh alam perkahwinan yang banyak dugaannya..(macam ada pengalaman je?!!he..he..based on orang lain punyer pengalaman ler!!) Biarlah kita berlainan,asalkan ada persefahaman...belajar untuk belajar memahami budaya orang lain agar kita bersyukur atas budaya dan agama yang kita miliki...Alhamdulillah..doakan jue yer..





5 comments:

Unknown said...

Kahwin campur... banyak buruk dari baiknya. Tetapi uncle tidak boleh kata tidak, sebab hidup, mati, jodoh, tanah kubur dan sezeki semuanya ketentuan Allah... Tergamakkah kita katakan tidak?

Cuma yang kawin campurnya cabarannya amat berat. Bawa masuk orang asing ke Agama kita, ke dalam budaya kita, ke dalam masyarakat kita. Kalau iman kita kuat dan ketahanan kita kuat, Alhamdulillah. Tetapi kalau sebaliknya bagaimana?

Seorang kawan perempuan sekolah uncle dulu kawin dengan orang korea. Walau pun si perempuan kuat Iman dan si lelaki cukup baik dan patuh tetapi di akhirnya si lelaki pulang ke korea dengan meninggalkan 6 orang zuriat yang terpaksa dibela dan dibesarkan oleh si isteri yang menjadi janda.

Cuba kita jumlahkan pasangan yang terjadi begitu yang kita tahu... tentunya bukan satu kan?

Uncle sebagai seorang bapa seboleh-bolehnya tidak mahu perkara sebegini menimpa anak-anak uncle.

Itulah pandangan seorang ayah.

Brahim Nyior said...

Miss Jaz,

Banyak buruknya kahwin campur. Cikgu setuju uncle Mountdweller, bahawa seboleh-bolehnya, carilah bangsa sendiri.

Mungkin nampak konservatif, tapi hakikatnya, perlu membimbing pasangan untuk mencintai agama.

Doalah agar Farah tidak mempersiakan peluang mentarbiyah suaminya mencintai agama. Kalau Farah tak kuat, dia yang akan terpengaruh ke arah kebaratan. Kesannya pada anak-anak.

Itulah yang cikgu dan bapa saudaranya sering bincangkan. Mereka bimbang Farah tak mampu untuk mendidik jiwa suami. Apa-apa pun, doa dan usaha perlu seiring.

anntaj said...

Miss Jaz, semoga kawan Miss Jaz bahagia seadanya...
Kena ingat, budaya lain-lain bukanlah boleh disesuaikan dalam masa terdekat...

cheerS!

Luth Textile said...

org puteh tu reti cakap melayu dak?
kalau dia xreti cakap melayu,
p dok sana balik..
haha.. (jahat)

G ogy said...

hai miss jaz..