BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 14, 2008

CINTA??? lagi-lagi cinta....

Minggu nie jue dah ada 2 client yang mempunyai masalah cinta..rasa2nyer dah tak larat nak handle client yang mempunyai masalah cinta ni..akan tetapi sebagai kaunselor,kita perlu terima sesiapa tanpa sebarang syarat..tul tak?bukan nak melanggar akta/etika kaunseling ,tapi sekadar nak berkongsi pengalaman yang jue dengar dari client jue.to my client,jgn risau identiti anda dirahsiakan...cinta tu unik..jue tak faham dah banyak jue dengar ttg masalah lelaki romeo ni...pada jue biasa jer.sebab memang banyak yang buayer kat luar sana..bukan bersikap prejudis akan tetapi kajian telah membuktikan lelaki mempunyai ego yang tinggi.terutama lelaki yang mempunyai rupa paras yang sedikit handsome,mula lah menjual minyak..kononnya mereka laku,tak kisah untuk melukakan hati seberapa banyak perempuan yang mereka mahu.mereka boleh berganti perempuan seperti menukar baju..tak pernah memikirkan hati dan perasaan prmpuan yang ditinggalkan..(BUKAN SEMUA LELAKI MCM TU,MASIH ADA LELAKI YANG JUJUR:POMPUAN PUN ADA YANG MCM TU!!!) Mcm client saya nie,dia kata dia xbercinta,tapi masih dalam proses mengenali lelaki tersebut..lelaki ni boleh menabur pelbagai janji,selalu membayangkan pada si client ni bahawa mereka akan berkahwin ,menggunakan ayat-ayat cinta yang power dan sebagainya..pompuan,a-maklumler bila dengar ayat2 power tu seolah-olah berada dialam khayalan ler..saya tanya pada dia,sejauh mana dia mempercayai kata2 lelaki tersebut?..dia kata,semua orang kata dia baik,satu pejabat kata dia baik..my client kata dia percaya apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut.Saya tanya dia balik,abih tu kenapa tak jadi couple..?Dia jawab tak tau ler...dari air mukanya saya dapat meneka dia cuba menyembunyikan sesuatu..setelah bertanya beberapa soalan,akhirnya dia menceritakan segalanya..kawan lelakinya telah ditukarkan tempat kerja.dan semenjak itu lelaki tersebut jarang untuk menghubungi my client.my client rasa hairan,dan cuba mendapatkan maklumat..tup tap tup tap dapat infomation terbaru,rupa-rupanyer dia(lelaki tu ler) berhubung ngan 2orang lagi teman sepejabat yang sama dgn my client.My client terkejut beruk sebab semua mcm pandai menyimpan rahsia..dan yang paling dia xbleh terima,bila kawan dia(kawan sepejabat) yang dah nak kahwinpun sanggup untuk tak jadi kahwin kalau si lelaki keparat nie nak kawin ngan dia.GILA!!(itu kata hati saya).sungguh pandai betul lelaki ni bermain kata-kata.(Saya ada baca semua sms yang dia tunjukkan pada saya).Klau saya pon mungkin akan cair dgn kata-kata dia..fuh,sesungguhnya kalau pijak semutpun tak mati...!!!lepas my client dah dapat risik2 dari beberapa teman sepejabat yang lain tu,rupa2nyer memang dia(lelaki) menabur janji yang indah2 kepada 2 teman pejabat tu..Yang my client bagi tau,lelaki tu pernah tanya kat dia,kalau diaorang keluar sekali boleh tak dia pegang tangan my client..My client kata,xbleh sebab bukan muhrim..dia(lelaki tu) mcm tak puas hati..dan semenjak tu,ditambah jarak yang jauh(sebab dah pindah tempat kerja) membuatkan mereka semakin renggang...My client dpt info dari sumber2 yang boleh dipercayai,bahawa dia(lelaki tu) ada berjumpa dgn teman sepejabat my client dan bermesra-mesraan..banyak la lagi yang tak tertulis...Then saya tanya,apa yang boleh dia simpulkan dari apa yang telah dia cerita&dia nampak... dia sendiri mengambil keputusan untuk mengundur diri dari perhubungan tersebut.walaupun diakhir sesi dia menangis&meraung,tapi dia nekad untuk melakukan perubahan terhadap kehidupannya..Alhamdulillah,habis sudah sesi ngan client tu...jue gunakan teori reality therapy.
Moral :biarlah cerdik dalam bercinta,jgn terlalu bodoh mentafsir cinta dgn keperluan nafsu yang tak terbatas...carilah pasangan yang kukuh pegangan agamanya..itulah yang sebaiknya..jangan terpedaya dengan rupa paras yang handsome/jelita sahaja.tapi pandanglah pada hati.kecantikan hanyalah sementara,orang yang mcm lelaki kat atas nie ,yang suka melukai hati orang lain,suatu hari akan dilukai juga..mungkin lebih teruk dari apa yang dilaluinya...insaflah..Allah itu maha berkuasa..

1 comments:

Unknown said...

lagi kisah cinta - macamana kalau dnnia tanpa cinta...tapi yang menariknya tentang cerita diatas - saya percaya kepada penampilan sosial bukan fizikal.sebab saya yakin ( amat yakin ) dan percaya kepada kekuatan karektor selain daripada agama ( sekali lagi saya yakin ) - itu juga subjektif. Agama cgu - apa ukurannya zaman sekarang.sembahyang.tudung bukan lagi benda yg boleh dijadi perbandingan......untuk itu : kita ada banyak pilihan untuk memilih....pilih yg terbaik.